Diamond Tiara


Bonjour'!

We dont mind having haters . As long as we have our girls , we are strong - One Direction



Tagboard


Blog Archive


Contact Me

: Puteri Farah Natasha
: Puteri Farah Natasha
:✦ PFN ✦

Credits

© 2013 - Full Template by Anugerah Salsa and the basecode from Arrien Amani . Edited by Naulia . Cute icon by Pixel
Future , InshaAllah
14 Mar 2016 | 0 Diamond[s]
Assalamualaikum . Hai hai .Blog ni hanya akan diupdate ketika tuannya kebosanan .
Sabar je la ye . So , hari ni Farah nak cerita pasal semua yang berlaku sepanjang
'percutian' menjadi seorang penganggur . Seronok 'sangat' . Hahaha . Well , lepas je SPM
mama dah pesan awal-awal , "tak boleh kerja" . So , that's why Im here . Here ? Where ?
Of course , home . Ha , duduk jaga adek adek je . Bangun pagi , solat lepas tu kena siapkan adek
Farah yang lelaki tu then sidai baju biasala kerja perempuan di rumah .

Itu tak kesah sangat lah . Takde apa yang dipenatkan pun . Then , tunggu Fasha balek daripada
sekolah , bagi dia makan , iron baju sekolah dia pastu dia pergi sekolah . After that , Farid pun balek .
Biasa kalau Farid balek , Farah dengan ayah Farah memang biasakan dia tidur dulu . Guess why ?
Sebab nowadays , cuaca tak boleh nak kata lah . Panasnya teramat . Farah yang sekejap sekejap
keluar rumah sebab nak sidai baju ni pun ,  boleh rasa teriknya tu . Sebab tu lah Farid balek je , terus bawak
dia tidur .Sepatutnya nak mandikan dia , tapi mana boleh dia kan duduk kat tempat panas tetiba
kena air pulak . Sejuk lah . Tak elok untuk badan . At least , take a bit rest . Masa tidurkan dia , macam
biasa Farah pun akan tertidur sekali . Dia bangun mandikan dia suap makan and lalala .... sampai lah mama balek . Itu lah rutin harian Farah tiap hari . Keep repeating the same thing .

So , masuk je bulan 3 terus berdebar . Siapa tak berdebar kan ? Dapat je result , bersyukur
dengan apa yang Farah peroleh . Result bagi korang mesti macam "ohhh..." . Tapi mama selalu pesan
itu Allah yang bagi . Bersyukur je . Cousin Farah pun ada pesan "Allah simpan kejayaan Farah kat
tempat lain" . Alhamdulilllah . I'm happy to have such a supportive family . Farah pun rasa result tu
improve kalau nak dibandingkan dengan marka percubaan Farah . Im so thankful . Habis ambil result ,
now is the important part . I have to make my decision where I should go next ? Where ?

Farah pun apply UPU , IPG , Maktab . InshaAllah , rezeki Allah luas Farah yakin dengan keputusan
yang Dia  buat . Farah pun apply lah Tesl . Farah memang minat English but I got B+ for my English .
Tapi Farah buat je . Tanpa memikirkan baik dan buruk . Nak dipendekkan cerita , Farah tak check
sama ada result Farah tu layak ke tak kalau nak ambil course Tesl . Luckily , 13 March 2016 , UITM adakan ekspo selangkah ke UITM . Dia ada sediakan laptop so kita boleh check sama ada result kita sesuai untuk course apa je . Amat menyedihkan bila Farah tak layak ambil Tesl . Masa tu Farah bersyukur sangat sebab tau pasal benda tu . Kalau tak , taktahu lah apa nak jadi .

So , Farah pun tengok list yang dia bagi . Alhamdulillah , banyak sebenarnya course yang boleh Farah ambil tapi nak pilih yang Farah suka tu yang susah . Sejujurnya , Farah ni jiwa lebih kepada seni . Tak kesah seni apa pun . Seni Muzik , Teater , Animasi , Tari . Yupe . Itu semua Farah . Tapi mama tak berkenan sangat kalau Farah ambil course sebegitu . Okay . I've tried to find another and my first option now is Mass & Communication .InshaAllah . Doakan Farah la ye

Balek je rumah Farah cerita and tunjuklah antara course course yang Farah boleh ambil . Mama tak kesah kalau Farah ambil Animasi sebab memang Mama tau Farah suka melukis . Then , Farah tanya Seni Muzik ?
Mama be like , Seni Muzik nak buat apa . Tapi alhamdulillah , mama bagi buat untuk option upu .
Masa tu rasa nak terkinja pun ada .Farah pun ada apply untuk pendidikan awal kanak kanak . Ya , I love children . Tapi taktahu lah cabaran yang akan datang seterusnya .

Farah nak ambil seni muzik bukan sebab Farah nak jadi penyanyi . Farah nak jadi cikgu / pensyara muzik .
Mesti seronok ? And Farah jugak berangan lah nak ada music class Farah sendiri . Farah nak jadi orang yang mengajar cara teknik yang betul masa nyanyi , perform on stage , how to play the instruments .
Itu memang jiwa Farah . Budak sains stream tapi minat seni . Ada kawan Farah cakap membazir je Farah belajar 2 tahun pasal Sains . For me , tak . Sebab at least Farah tau lah sikit sikit pasal Sains

Dan Farah pun tak berani nak ambil apa apa course Sains untuk Farah punya option ni . Taktahu lah kenapa . Farah bukan ikut nafsu nak ikut minat je . Tapi hati Farah , minda , akal semua memang dah cakap tidak .
But who knows jugak kalau Farah jadi cikgu Sains ke ? Kita taktahu . Rezeki Allah luas ingat tu .

Assalamualaikum , bye :D